Saturday, November 3, 2012

LENSA

Pada 3 November 2012 bertempat di Holiday Villa Subang, Kelab Semerbak Kasih telah mengadakan Majlis Hi Tea.  Bidang Bahasa yang diwakili oleh Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Tamil telah mengambil bahagian dalam majlis tersebut dengan mengadakan lakonan drama sebabak Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu.  Skrip telah ditulis oleh Pn Aniza dengan idea asal daripada Pn Zuhrah dan Pn Hana.  Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Pengetua Pn Hajah Salehah sedang merenjis 'pengantin'

'Pengantin' sedang berbalas pantun
                                 
Bergambar kenangan dengan 'pengantin'



Sunday, October 7, 2012

CORAT CORET SELAYANG PANDANG


SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU PMR & SPM

   

   




LADAP



 LESSON STUDY




P & P BAHASA MELAYU (AKTIVITI BERKUMPULAN)



PERTANDINGAN SAJAK SEMPENA BULAN BAHASA 2012


\

PERTANDINGAN FORUM BULAN BAHASA


PERTANDINGAN PANTUN BULAN BAHASA

  

PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT ZON 2012


PERTANDINGAN PANTUN PERINGKAT ZON 2012


PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA


BICARA PENULIS DI MSU




MARI MEMBACA CONTOH KARANGAN


1)  Huraikan cara-cara hendak memupuk semangat patriotik atau semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda khususnya pelajar-pelajar.

Kebelakangan ini, banyak diperkatakan tentang pemupukan semula semangat kebangsaan atau nasionalisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Gesaan ini memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak lagi bersemangat kebangsaan seperti generasi sebelum merdeka. Lebih tepat kalau dikatakan semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda kini adalah longgar, lemah, dan tidak bermaya seperti seseorang yang tidak makan 10 hari. Pada marcapada yang pesat membangun dalam teknologi maklumat ini, semangat patriotik adalah penting untuk membina jati yang kental dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional.

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air kita agar golongan remaja kita sedar dan insaf, bak kata pepatah “Tak kenal maka tidak cinta”.Kalau generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada zaman silam memperjuangkan kemerdekaan negara , tentunya mereka tidak tergamak menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan negatif.

Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri setiap pelajar dengan mrnyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek seperti , bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi bahasa. Para pendidik hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara. Pendidikan perlu menyuntik semangat juang dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan semangat “Malaysia Boleh” seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan para pendaki Gunung Everest. Semangat cinta akan negara juga hendaklah dipupuk pada peringkat awal persekolahan lagi.Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mereka supaya menghormati keutuhan dan kedaulatan negara.

Selain itu,generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah. Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis,Belanda dan Inggeris.

Di samping itu,golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur Gemilang yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada masa depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap sesebuah negara.
Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu “Negara ” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara.Pihak -pihak yang tertentu seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan menulis esei bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi muda. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada golongan muda untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak langsung akan mencelikkan mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah.

Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan negara dalam setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat melahirkan seorang modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan datang.

2) PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA/KELUARGA IMPIAN SAYA

"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. 

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. 

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita? 

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.


DIARI BAHASA



PERIBAHASA POPULAR 

1. alang-alang berdakwat biar basah
2. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
3. bagai aur dengan tebing
4. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
5. bagai gunting makan di hujung
6. bagai kaca terhempas ke batu
7. bagai menatang minyak yang penuh
8. bagai pahat dengan penukul
9. bagaikan tikus membaiki labu
10. belakang parang kalau diasah lagikan tajam
11. biduk lalu kiambang bertaut
12. buah tangan
13. buang yang keruh ambil yang jernih
14. bumi mana tak ditimpa hujan
15. cacing kepanasan
16. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
17. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
18. ditelan mati emak, diluah mati bapak
19. genggam bara api biar sampai jadi arang
20. buta huruf
21. hangat-hangat tahi ayam
22. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
23. ikut rasa binasa, ikut hati mati
24. indah khabar daripada rupa
25. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
26. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
27. melentur buluh biarlah dari rebungnya
28. muafakat membawa berkat
29. pelanduk dua serupa
30. Quran buruk
31. sambil menyelam minum air
32. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain / sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
33. sehelai sepinggang
34. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
35. seperti rusa masuk kampung
36. sudah jatuh ditimpa tangga
37. sudah terhantuk baru tengadah
38. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
39. tulang belakang
40. umpama duduk di atas daun / seperti duduk dalam duri
41. untung sabut timbul, untung batu tenggelam
42. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang



PENANDA WACANA KARANGAN

A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN·

- Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
- Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
-Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
- Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
- Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
- Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN·

-Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
- Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
- Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
- Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….·
- Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN·

-Kita dapat menyaksikan betapa…·
-Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…·
-Lazimnya, dalam keadaan …·
-Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …·
-Pada hemat saya …/ Pada pandangan saya …·
-Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …·
-Sebagaimana yang kita ketahui /Sebagaimana yang kita maklumi
- Sejak awal lagi / Kebelakangan ini
- Selain itu, pada masa ini juga

D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN·

-Bagi sesetengah orang …·
- Begitu juga dengan …/Begitu juga halnya dengan …·
-Bertitik tolak daripada itu …·
-Bukan itu sahaja …·
-Dalam hal ini …/ Dalam konteks ini ..·
-Dalam zaman yang serba canggih ini …·
-Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …·
-Dengan adanya … /Dengan berbuat demikian …/ Dengan perkataan lain ..·
-Disebabkan hal itu /Disebabkan keistimewaan inilah kita ..·
-Hal ini berlaku disebabkan / Hal ini penting dalam / Hal ini serupa dengan / Hal yang serupa berlaku apabila...
- Jadi kita perlu / Jadi kita hendaklah
-Keadaan ini tentunya
- Lantaran itu sehingga kini
- Kesemua ini menyumbang kepada
- Kita mengakui hakikat bahawa·
- Kita sering menonton di kaca televisyen / Kita sering membaca di dada-dada akhbar
- Memandangkan keadaan yang sedemikian
- Namun sejak belakangan ini
-Oleh itu, bolehlah dikatakan
- Secara logiknya masa yang
- Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
- Yang paling nyata ialah /Yang perlu kita pastikan ialah

E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK·

-Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
- Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
- Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………
F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH·

-Sebagai contohnya
- Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh
- Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
- Sebagai analoginya,
- Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN·

-Intihanya,
- Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
- Konklusinya,
- Dengan ini diharapkan
- Mudah-mudahan perkara ini
- Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa
- Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-  Allah perkara ini akan …
- Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU 2012


AKTIVITI AKADEMIK

  

1.  PERKEMBANGAN STAF (LADAP) PANITIA BAHASA MELAYU
     BENGKEL PEDAGOGI KOMSAS DAN TATABAHASA
      JUMAAT 17 FEBRUARI 2012

2. SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU PMR
    2012 (FASA 1) 
    SELASA 21 FEBRUARI 2012

   
3. SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU SPM
    2012 (FASA 1) 
    KHAMIS 23 FEBRUARI 2012 

4.  PERKEMBANGAN STAF (LADAP) PANITIA BAHASA MELAYU
     PERISIAN MBMMBI
      JUMAAT 9 MAC  2012

5.  SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROGRAM TITIAN GEMILANG EMAS
    BAHASA MELAYU SPM
    (SELASA 29 MEI 2012)  
     

6. LESSON STUDY BAHASA MELAYU 2012
    8 MEI 2012

7.  SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU PMR 
     2012 (FASA 2)

8. SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU PMR
    2012 (FASA 3)
    20 JULAI 2012

9.  BULAN BAHASA
     ISNIN 2 JULAI 2012

10. SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU SPM 2012
   (FASA 3)
    ISNIN 30 JULAI 2012

11. PROGRAM D~SEVEN A+ BAHASA MELAYU SPM
    SABTU 29 SEPTEMBER 2012

12. PROGRAM I SEE U BAHASA MELAYU PMR
      SELASA 2 OKTOBER 2012


AKTIVITI KOAKADEMIK


1. Pertandingan Pantun peringkat zon Shah Alam  (B) 2012

    Tarikh:  29 MAC 2012
    Tempat:  SMK  Subang
    Keputusan: Tempat ke 3

2.  Pertandingan Forum Remaja

     Tarikh  : 5 April 2012
     Tempat : SMK TTDI Jaya
     Keputusan : Penyertaan

3. Pertandingan Bahas Ala Parlimen

    Tarikh : 20 Mac 2012
    Tempat : SMK Seksyen 7
    Keputusan : Separuh akhir

4.  Pertandingan Pidato Piala KPM
     Tempat::  SMK TTDI Jaya
     Keputusan : Tempat ke 3

5.  Pertandingan Bicara Berirama

     Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana 2012

     Tarikh : 16 April 2012
     Tempat : SMK Seri Serdang 
     Keputusan : Penyertaan

6.  Bicara Penulis
     Tarikh : 26 Julai 2012
     Tempat : MSU










Wednesday, September 19, 2012

GURU-GURU BAHASA MELAYU SMKS7


GURU-GURU SESI PAGI 2012

Pn Hjh Norshimah Binti Salleh
GKMP

Pn Hjh Aniza Binti Mohd Said
Ketua Panitia

Pn Hjh Rohana Binti Mat Sah
Pen Kanan HEM

Pn Maria Binti Zainuddin
Guru Cemerlang
Pn Salefah Mat Salleh
Guru Cemerlang
Pn Hjh  Zuhrah Binti Mustapha

Cik Siti Sapuri Binti Abd Samad
Pn Hjh Nik Noor Samihah Binti Nik Mahmood
Pn Hana Binti Zaaba
Pn Marina Binti Kamaruddin

En Mohd Hosni Bin Kuris

Pn. Norhaida Binti Mohd Abdil

Pn Zatun Najahah Binti Abd Razak


GURU-GURU SESI PETANG 2012

En Mohd Noh Bin Marzuki
Penyelia Petang

Pn Rohana Binti Salim
Setiausaha
Pn Hamidah Binti Yusof

En Shahril Anuar Bin Ismail
Tn Hj Syed Mohd Khomsah Bin Syed Zin

Cik Siti Halimah Binti Mohd Haris

SEMOGA BERJAYA MENDIDIK MURID-MURID SMK SEKSYEN 7, SHAH ALAM 
DENGAN PENUH DEDIKASI, AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB